KOTA BHARU: Kerajaan akan menggunakan khemah-khemah milik Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) dari negeri yang tidak terjejas dengan banjir ketika ini untuk membantu rakyat Kelantan yang sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan itu dihulurkan selepas beliau menerima maklumat PPS di negeri ini mengalami kekurangan khemah untuk mangsa banjir. “Saya telah arahkan Nadma untuk menghantar khemah-khemah yang ada…