NADMA aktifkan pusat kawalan pantau banjir

NADMA aktifkan pusat kawalan pantau banjir

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat (PKOB) bagi menyelaras dan memantau operasi menyelamat dan pengurusan mangsa banjir di lapangan. 

NADMA dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan arahan NADMA No. 1, PKOB Pusat diaktifkan bertujuan menyelaras semua PKOB negeri yang sedang mengurus bencana banjir. 

Katanya, penyelarasan itu termasuk aset dan keperluan logistik, mengatur gerak pasukan penyelamat serta keperluan lain yang merentas negeri masing-masing. 

“PKOB negeri sudah memohon khemah tambahan collapsible tent (C-Tent) berikutan jumlah mangsa banjir yang meningkat secara mendadak di Kelantan dan aset-aset dari PKOB Pusat untuk ditempatkan di pusat pemindahan dementara (PPS). 

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah memohon tambahan makanan retort sebanyak 50,000 unit untuk diagihkan di PPS, manakala Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) turut digerakkan ke kawasan terlibat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di negeri-negeri terjejas terutama Kelantan,” katanya.

Selain itu, menurut NADMA, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) yang beroperasi 24 jam setiap hari akan sentiasa memantau dan menyediakan laporan terkini situasi banjir di seluruh negara sebagai rujukan semua. 

Amaran bencana seperti hujan berterusan dan banjir akan disampaikan kepada semua agensi tindak balas berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

“Ini termasuk kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertindak sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Darerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“NADMA menasihati orang ramai agar berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan pengumuman melalui media massa dan mengikut arahan untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya