Laksana tanaman buah-buahan komersial di taman perumahan

Laksana tanaman buah-buahan komersial di taman perumahan

JALALUDDIN Alias pada Sesi Pertanyaan Lisan Hari Ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tanaman buah-buahan seperti mangga, durian, dan rambutan antara yang akan dipertimbangkan oleh kerajaan Negeri Sembilan menerusi pelaksanaan Program Touch Point Tanaman Buah-buahan iaitu inisiatif yang diperkenalkan pada pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, menerusi program berkenaan yang mendapat peruntukan RM500,000 itu, ia memberi tumpuan kepada dua pendekatan iaitu yang pertama menerusi pengedaran benih tanaman buah-buahan terpilih kepada komuniti yang berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan.

Tambah beliau, pendekatan kedua pula adalah menerusi penghijauan aneka tanaman di komuniti di mana ia melibatkan usaha memperindah kawasan taman perumahan dan desa dengan tanaman buah-buahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendekatan ini adalah bagi mencetus minat masyarakat di negeri ini untuk menanam buah-buahan terpilih di kawasan perumahan mereka, maknanya di kawasan bandar kita boleh tanam manga, durian dan rambutan.

“Selain bagi memperkenalkan tanaman yang bernilai komersial dan berpotensi menjadi sumber pendapatan, ia juga memperindahkan kawasan daripada kita tanam pokok yang tidak memberi hasil.

“Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai satu perkampungan yang mempunyai 50 rumah, setiap rumah ini akan bekalkan benih pokok mang­ga, supaya kampung ini akan dikenali sebagai mengeluarkan produk manga pada lima tahun akan datang,” katanya.

Jalaluddin yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata demikian pada Sesi Pertanyaan Lisan (Hari Kedua) Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, DUN Negeri Sembilan Yang Ke-15 semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan P. Gunasekaren (PH-Se­remban Jaya) yang ingin mengetahui apakah tanaman alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk ditanam di kawasan taman perumahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini