Kita tak tubuh tentera serang Pulau Pinang - Sanusi

Kita tak tubuh tentera serang Pulau Pinang – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan terus menuntut hak mereka terhadap Pulau Pinang, namun sebarang tindakan dipastikan sesuai dengan keadaan semasa dan selari  perkembangan dunia moden. 

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, langkah seterusnya akan dibuat setelah kerajaan negeri mendengar segala pembentangan oleh pasukan pengkaji terdiri daripada pakar undang-undang, ahli sejarah dan penyelidik. 

Menurutnya, lebih 20,000 dokumen dikaji dan dianalisis pasukan itu yang telah berulang kali berkunjung ke seluruh dunia yang menjadi lokasi penyimpanan dokumen berkaitan.

“Kita bukan gila malah tak akan tubuh pasukan tentera untuk serang Pulau Pinang. Apa yang dilakukan Kedah ini tak salah kerana kita hanya kembali kepada perkara asas seperti mengapa negara ini ditubuhkan, apakah dokumen ini mengikat kita serta sejauh mana ikatan itu berlaku serta dikuatkuasakan.

“Apabila kita rasa kepentingan kita diabaikan dan tidak didengar, ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan itulah yang saya buat. Saya bukan menentang perlembagaan, (Yang di-Pertuan) Agong serta gugat kestabilan atau keamanan seperti didakwa pihak tertentu,” katanya pada sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Terdahulu, pada sesi penggulungan, Muhammad Sanusi berkata, tiada siapa yang boleh atau berani memadam hakikat itu dan ia perlu diakui semua pihak.

“Jangan kata saya nak tuntut Pulau Pinang, memang saya nak tuntut, memang hak Kedah pun. Cumanya kita faham telah berlaku perubahan, peredaran dan perkembangan semasa tetapi sejarah tak boleh dipadam. 

“Pasukan pengkaji akan bentang kepada kerajaan negeri bulan depan. Dari awal dibayar RM10,000 untuk pajakan Pulau Pinang. Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri kali kedua, ditambah RM10 juta yang disebut sebagai bayaran pemberian khas. 

“Kita harap pada masa depan selepas dikemukakan alasan serta fakta yang tak dapat disangkal, hal ini akan berubah. Kalau bukan RM100 juta, mungkin jadi RM300 juta,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu akan meleraikan banyak isu antaranya bayaran air di Sungai Muda, sempadan kedua-dua negeri, bayaran pajakan serta nilai sebenar yang patut dibayar kepada Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya