Aiman Athirah sekali lagi kemudi Wanita PH

Aiman Athirah sekali lagi kemudi Wanita PH

parlimen
AIMAN ATHIRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Amanah, Datuk Aiman Athirah Sabu dilantik semula sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) dalam pemilihan semula sayap gabungan parti itu yang diumumkan pada hari ini.

Ketua Setiausaha Wanita PH, Mashitah Ismail berkata, Timbalan Ketua Wanita PH pula diisi Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek; Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching dan Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Mohina Sidom.

Katanya, Majlis Pimpinan Wanita PH telah mengadakan mesyuarat khas semalam selaras dengan arahan Majlis Presiden PH agar semua sayap mengadakan pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Sayap sebagai kesiapsiagaan jentera menghadapi pilihan raya yang akan datang.

“Selain berperanan untuk menggerakkan jentera pilihan raya wanita di seluruh negara, wanita PH turut yakin mampu mengkoordinasi semua kekuatan yang ada dalam memastikan kemenangan bergaya dalam siri-siri pilihan raya yang akan datang. 

“Di samping menyusun gerak kerja yang lebih kemas dan teratur, wanita PH juga yakin melalui jawatankuasa baharu yang terpilih akan mampu melonjakkan motivasi dan semangat seluruh ahli-ahli wanita Harapan bagi mempergiat usaha meningkatkan sokongan di kalangan pengundi wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu, kedudukan Naib Ketua Wanita pula diisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Temper, Anfaal Saari; Timbalan Ketua Wanita DAP merangkap Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin; bekas ADUN Selangor, Juwairiya Zulkifli dan Timbalan Ketua Wanita UPKO, Lomiti Jahan.

Bagi jawatan Ketua Setiausaha pula diisi oleh Mashitah, manakala Timbalannya, Loh Ker Chean.

Bendahari diterajui oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefure Othman; Ketua Penerangan, Mariam Abdul Rashid; Pengarah Komunikasi, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid dan Pengarah Pilihan Raya, Sangetha Jayakumar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN