Keluarga suami isteri maut dilanggar pemandu mabuk tidak pernah wujudkan tabung sumbangan

Keluarga suami isteri maut dilanggar pemandu mabuk tidak pernah wujudkan tabung sumbangan

PENGURUS Besar pasar raya Econsave, Mas Imran Adam (kanan) menyampaikan sumbangan barang dapur dan makanan kepada Mohd. Rudi Abdul Rahman (bapa arwah Mohd. Ridzwan);di Blok 51, Taman Cendana , Pasir Gudang. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keluarga kepada pasangan suami isteri yang maut dilanggar pemandu mabuk pada Sabtu lalu kesal ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menubuhkan tabung kutipan derma tanpa pengetahuan mereka.

Ramlah Kasiran, 56, ibu kepada mangsa, Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi menegaskan, mereka tidak pernah melancarkan tabung kutipan derma bagi membantu lima cucunya yang kini yatim piatu.

“Semalam, saya dimaklumkan terdapat pihak yang membuat kutipan derma dan mendakwa kutipan derma berjumlah RM2,000 telah diserahkan kepada mak cik, sedangkan kami tidak pernah menerima wang itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Flat Taman Cendana di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Mohd. Ridzwan, 37, dan isterinya, Linda Mohd. A.Aziz, 35, maut di lokasi kejadian apabila motosikal Honda Vario yang dinaiki mereka dirempuh seorang pemandu mabuk di Jalan Besar/Jalan Mesjid dekat sini, kira-kira pukul 4 pagi.

Pasangan itu meninggalkan lima anak, Nur Aleesha Aindah Abdullah, 17, (kurang upaya), Muhammad Ikmal Abdullah; 15, Nur Shahkira, 14, Nur Shahmira, 12, dan Nur Aisyah Humairah, 3.

Dalam pada itu, Ramlah mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan yang diberikan dan telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan, pihak sekolah dan syarikat swasta.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank miliknya bernombor 151294823866. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN