Seorang pendera Ummu Attiyah pernah ditahan bawah SOSMA - KPN

Seorang pendera Ummu Attiyah pernah ditahan bawah SOSMA – KPN

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang daripada empat lelaki yang dipercayai terlibat mendera Ummu Atiyyah iaitu anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki terbabit juga antara kumpulan individu yang ditahan pada peringkat awal Op Global dilakukan.

“Individu terbabit sebelum ini ditahan mengikut SOSMA 2012 tetapi sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kita mengetahui di mana keberadaan lelaki itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, tiga lagi lelaki yang dikaitkan mendera dan melakukan gangguan seksual ke atas Ummu Atiyyah juga sudah dikenal pasti polis.

“Polis masih menjalankan usaha untuk mengesan keberadaan mereka,” jelasnya.

Sebelum ini, dilaporkan polis sudah mengenal pasti empat lelaki yang dipercayai terbabit mendera Ummu Atiyyah.

Menurut beliau, pihaknya sudah menerima nama suspek-suspek berdasarkan laporan polis dan pendedahan yang dibuat oleh mangsa.

Pada 18 Oktober lalu, Ummu Atiyah, 41, mendakwa dia pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISBH.

Kejadian itu dikatakan berlaku sewaktu dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu pada 2015.

Wanita itu mendakwa dia turut dikurung di sebuah perkampungan GISBH di Batu Hampar, Perak.

Pada 20 Oktober lalu, Ummu Atiyyah menunjukkan kepada polis sebuah lokasi di Kampung Batu Hampar Dalam tempat dia didakwa dikurung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN