Peniaga pasar malam didenda RM100, hembur kata kesat di pejabat MP Bukit Bintang

Peniaga pasar malam didenda RM100, hembur kata kesat di pejabat MP Bukit Bintang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga pasar malam didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghambur kata-kata kesat terhadap seorang lelaki di pejabat Ahli Parlimen (MP) Bukit Bintang, minggu lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhi hukuman itu terhadap Kon Kian Pou, 42, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Sekiranya gagal membayar denda itu, tertuduh diperintahkan untuk dipenjara selama tiga hari. Bagaimanapun Kian Pou membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkelakuan aib dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Lee Kian Wei di pejabat Ahli Parlimen, Jalan Landak, Bukit Bintang di sini pukul 3.30 pagi, 24 Oktober lalu.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksima RM100, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Kian Pou bagaimanapun merayu dikenakan denda ringan atas alasan dia baru menjalani pembedahan dalam perut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN