PETALING JAYA: Keberkesanan penggunaan kamera badan (BWC) dalam penugasan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu meningkatkan integriti pasukan itu selain dapat melindungi petugas ketika berada di lapangan. Keadaan ini dapat dilihat apabila sebanyak 1,376 unit unit BWC mula menguji keberkesanan kamera badan itu melibatkan ibu pejabat polis kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai-balai polis di zon tengah di Lembah Klang yang dimulakan dalam dua fasa iaitu…