Lima lelaki ditahan bergaduh di hadapan premis hiburan - Utusan Malaysia

Lima lelaki ditahan bergaduh di hadapan premis hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pergaduhan sekumpulan lelaki yang tular di hadapan sebuah premis hiburan di Pudu dekat sini, kelmarin berpunca daripada perselisihan faham dalam kelab malam.

Susulan kejadian itu, lima lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan kerana disyaki terbabit secara langsung dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu yang kemudiannya berlarutan sehingga mencetuskan pergaduhan besar di luar kelab berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan kejadian tular itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah kekerasan dan dadah.

Katanya, semua suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 4 September ini bagi membantu siasatan.

Manakala, polis juga sedang giat mengesan baki suspek yang masih bebas.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Jeychandran Velayudan di talian 03-9289 9222 atau 010-214 6297.

“Maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Tambahnya, Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi berhubung kes ini kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini