PETALING JAYA: Sebanyak 5,647 kawasan berisiko banjir di seluruh negara dikenal pasti oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan jumlah kawasan risiko banjir tertinggi iaitu 1,066 lokasi, diikuti Sabah (798); Pahang (750), Johor (745) dan Kelantan (617). Katanya, ia diikuti dengan Perak (286), Selangor (271), Kedah (260), Terengganu (258) dan Pulau Pinang (241). “Selain itu, sebanyak 124…