Khalil Hayya dijangka ambil tempat Yahya Sinwar

Khalil Hayya dijangka ambil tempat Yahya Sinwar

Yahya Sinwar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Khalil Hayya dijangka menggantikan Yahya Sinwar dalam masa terdekat susulan kematian Ketua Biro Politik Hamas itu.

Eksekutif Strategik (Perhubungan Awam) Cinta Gaza Malaysia (CGM), Haikal Zulkefli berkata, walaupun terdapat beberapa pemimpin lain yang turut dicalonkan untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan Hamas, Khalil Hayya dilihat sebagai calon paling berpotensi.

“Khalil mempunyai pengalaman luas dan sokongan kukuh daripada anggota Hamas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Israel mendakwa tenteranya membunuh Yahya di Gaza. Namun kehilangan Yahya tidak mematahkan semangat kumpulan perjuangannya untuk membebaskan Palestin daripada terus diserang Israel.

Menurut Haikal, perubahan kepemimpinan dalam organisai tersebut adalah penting bagi memastikan kesinambungan per­juangan Hamas dalam menghadapi cabaran semasa.

“Hamas memerlukan seorang pemimpin yang mampu me­nyatukan anggota dan me­rangka strategi yang berkesan untuk masa depan,” katanya.

Katanya, pemilihan pe­mimpin baharu itu juga bertepatan dengan situasi geopolitik yang semakin mencabar di Pa­lestin.

“Pada pandangan saya, Khalil sudah terbukti sebagai seorang yang bijak dan berwibawa, sesuai untuk memimpin dalam situasi yang tidak menentu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN