KUALA LUMPUR: Sebanyak 23,447 kes jenayah komersial direkodkan sehingga 13 Oktober lalu iaitu menurun 10 peratus berbanding 26,033 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah tersebut, secara purata polis menerima 67 kes sehari berkaitan jenayah komersial sepanjang tahun ini.
Menurut beliau, daripada kes-kes yang dilaporkan tahun ini ia membabitkan nilai kerugian sehingga RM1.612 juta.
“Nilai kerugian tahun ini meningkat sebanyak 23 peratus berbanding tahun lalu.
“Dari aspek jumlah pertuduhan, 47 peratus atau 11,047 kertas siasatan telah berjaya dituduh sepanjang tahun 2024,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ di sini, semalam.
Kata Ramli, indikasi kes-kes diterima tahun ini menunjukan masyarakat semakin sedar mengenai jenayah komersial dan berharap momentum terus dikekalkan. – UTUSAN