Hui Yin  cuti sakit hingga 16 Okt. selepas pembedahan

Hui Yin  cuti sakit hingga 16 Okt. selepas pembedahan

LIM Hui Ying semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Yin mengambil cuti sakit mulai 8  hingga 16 Oktober ini kerana menjalani pembedahan.

Mengikut kenyataan Kementerian Kewangan, Hui Yin kini menjalani proses pemulihan di kediamannya selepas menjalani pembedahan pada 4 Oktober lalu.

“Keputusan itu diambil berdasarkan nasihat doktor bagi memastikan beliau dapat kembali sihat dan sejahtera. Pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan oleh pakar-pakar perubatan hospital kerajaan. Timbalan Menteri Kewangan dimaklumkan akan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Hui Ying akan mula bertugas pada 17 Oktober iaitu ketika bermulanya Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15 serta sesi pembentangan Belanjawan 2025.

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan,  Pusat Khidmat Parlimen Tanjong terus beroperasi seperti biasa dalam tempoh beliau menjalani tempoh cuti.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN