PUTRAJAYA: Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan kekal diperintah membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap lelaki itu di platform media sosial. Perkara tersebut ditentukan selepas Cef Wan menarik balik permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan, semalam. Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli membatalkan permohonan itu dan memerintahkan selebriti berkenaan membayar…