Beli berulang kali diesel untuk dijual ke Thailand

Beli berulang kali diesel untuk dijual ke Thailand

MUHAMMAD Nizam Jamaludin (tengah) melakukan pemeriksaan terhadap seorang pengguna yang memandu kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Changlun, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kementerian Per­dagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah mengenal pasti seba­nyak 580 kenderaan asing yang membuat pengisian bahan api diesel melebihi sekali dalam sehari di stesen berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, maklumat itu diperoleh hasil penugasan pegawai KPDN secara statik di enam stesen mi­nyak terlibat iaitu lima buah di Kubang Pasu dan sebuah di Ba­ling sejak 25 September lalu.

Menurutnya, kegiatan itu disyaki ada kaitan dengan penyelewengan minyak diesel dan petrol bersubsidi yang dipercayai dijalankan secara kecil-kecilan sama ada secara individu atau kumpulan kecil ketika ini.

“Sebanyak 19,705 kenderaan direkodkan maklumat mereka dengan 19,001 melibatkan kenderaan tempatan dan 704 kenderaan asing. Daripada jumlah itu, 580 kenderaan dikenal pasti membuat pengisian secara berulang melebihi sekali dalam sehari di stesen berbeza yang dilaksanakan penugasan statik.

“Modus operandi adalah de­ngan membuat pembelian menggunakan tong kecil dan ada beberapa kenderaan pula disyaki mempunyai tangki tambahan. Kawasan pengumpulan yang dikenal pasti adalah di kawasan kampung yang jauh daripada perhatian awam.

“Kesemua hasil pemantauan ini disalurkan kepada bahagian risikan untuk tindakan selanjutnya yang mana kita berjaya menyita 1,300 liter petrol yang dianggarkan bernilai RM2,865 dan 4,200 liter minyak diesel dengan nilai RM12,390 serta dua unit kenderaan dan peralatan pemindahan minyak,” katanya selepas mengadakan pemantauan di beberapa stesen minyak di Changlun di sini, semalam.

Muhammad Nizam berkata, aktiviti penyeludupan diesel secara pukal didapati semakin berkurangan sejak penyasaran subsidi dilaksanakan Julai lalu.

Katanya, perbandingan rekod jualan diesel antara 1 hingga 20 Oktober lalu berbanding tempoh sama pada bulan sebe­lumnya merekodkan penurunan antara tujuh hingga 24 peratus jualan bagi produk itu di enam stesen terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN