ALOR SETAR: Sejumlah 5,915 hektar kawasan padi rosak di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terutama di Kedah mencatatkan kerugian lebih RM46 juta, membabitkan 1,500 pesawah. Kerugian itu dianggarkan berdasarkan kepada harga lantai padi RM1,300 bagi satu tan metrik. Sehubungan itu, kerajaan akan memberikan pampasan bermula daripada RM876 hingga RM1,800 setiap hektar tertakluk kepada usia padi kepada pesawah-pesawah terlibat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya…