LONDON: Teka-teki matematik yang dikatakan digunakan dalam sesi temuduga di Universiti Harvard telah mengejutkan ramai, dengan 90 peratus orang yang mencubanya gagal memberikan jawapan yang betul.
Imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan kepala surat universiti tersebut dengan soalan matematik yang ditulis dalam dakwat merah dan hitam.
Soalan itu bertanya, ‘Jika terdapat tujuh lelaki dengan tujuh isteri dan setiap lelaki serta setiap isteri mempunyai tujuh anak, berapakah jumlah keseluruhan orang?’
Sesi temuduga oleh Universiti Harvard ini mula viral di internet pada tahun 2021 tetapi kini kembali tular mengundang pelbagai jawapan dari peserta dan jawapan yang diberikan ada yang serendah 21 orang hingga 448 orang dengan seorang individu bahkan menganggarkan 700 orang walaupun tidak menjelaskan alasan mereka.
“Ini semua permainan kata terdapat beberapa jawapan dan tidak ada yang salah kecuali jika anda tidak mendapatkan matematik dengan betul,” kata seorang pengguna dalam pos tersebut.
Manakala seorang pengguna berkata, jawapan bergantung mengikut tafsiran masing-masing, jika setiap lelaki mempunyai seorang isteri, jawapan yang betul ialah 63 orang, tetapi jika anda melihatnya sebagai setiap lelaki mempunyai tujuh isteri, jawapannya ialah 392 orang.
Teka-teki matematik penting kerana ia menggalakkan orang untuk menganalisis maklumat dan mempertimbangkan jawapan dari pelbagai sudut pandang kerana ia menunjukkan bagaimana mereka memecahkan masalah kepada langkah-langkah yang lebih kecil dan sama ada mereka menggunakan pemikiran luar kotak.
Namun, jika anda salah dalam menjawab, anda tidak bersendirian kerana ia juga tidak jelas jika teka-teki ini benar-benar datang dari Harvard, dan pihak universiti telah dihubungi untuk pengesahan. -AGENSI











