PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengarahkan semua ketua jabatan melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober ini sebagai inisiatif Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam. JPA dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu adalah usaha bagi memastikan setiap kementerian dan jabatan berupaya meningkatkan penyampaian perkhidmatan secara optimum dan berkesan selari dengan Surat Edaran Pelaksanaan Urusan Pusingan Kerja yang dikeluarkan JPA pada 14 Mei lalu. Jelasnya, langkah itu elemen penting dalam pengayaan…










