TANPA mengira kaum sama ada Melayu, India dan Cina, semuanya dilayan sama rata terutama apabila menyentuh hal-hal berkaitan kebajikan. Pendekatan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen ini menyebabkan beliau berjaya kekal dan disenangi penduduk di kawasan berkenaan. Malah, beliau tidak kekok untuk menziarahi majlis kenduri, kematian atau apa saja majlis melibatkan semua kaum di kawasan Parlimen Selayang. Memenangi kerusi Parlimen Selayang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun…