Saifuddin lepas jawatan Setiausaha Agung PKR

Saifuddin lepas jawatan Setiausaha Agung PKR

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL dan FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa serta-merta.

Pelepasan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada tugas-tugasnnya yang lain seperti  Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Anggota Biro Politik PKR dan Ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jawatan Setiausaha Agung PKR kini dipegang oleh Fuziah Salleh.

“Seiring dengan pergerakan Fuziah, jawatan Pengerusi PKR Pahang akan diambil alih oleh Rizal Jamin,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR pada 2010 dan beliau diangkat ke jawatan itu selepas tewas pemilihan jawatan Timbalan Presiden parti pada 2022.

Nik Nazmi berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan telah memutuskan penyusunan semula beberapa jawatan penting untuk memantapkan gerak kerja parti itu.

Tambah Nik Nazmi, Mohamad Hairul Amir Sabri mengambil alih jawatan pengerusi negeri yang disandang Naib Presiden Chang Lih Kang di Perak.

Dalam pada itu, Majlis Pimpinan Pusat PKR menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan yang dianggotai Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar; Fuziah selaku Setiausaha Agung; Bendahari Agung, William Leong; Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Kamil Munim dan Timbalan Ketua Wanita, Juwairiya Zulkifli.

Menurut Nik Nazmi, jawatankuasa itu akan dinasihati oleh Saifuddin selaku penasihat.

“Semua lantikan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×