Remaja pecah tabung derma masjid

Remaja pecah tabung derma masjid

ZAIZANI Azahari menunjukkan mangga yang berjaya diumpil pencuri di Masjid As-Syakirin mukim Air Tawar, di Pasir Puteh, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang remaja bertindak memecah dua buah tabung derma sebelum bertindak melarikan wang dalam kejadian di Masjid As Syakirin Mukim Tawar, di sini pada Rabu lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Imam Mudanya Zaizani Azahari berkata, kejadian itu disedari berlaku oleh ahli khariah sebelum menunaikan solat Magrib pada tersebut.

Menurutnya, berpandukan kepada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) remaja berkenaan telah masuk ke kawasan masjid dengan menaiki motosikal jenis Honda C70 berwarna merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Remaja berkenaan dilihat menggunakan alat pengumpil yang dibawa dalam beg sandang untuk membuka tabung tersebut,”katanya ketika di sini semalam.

Zaizani memberitahu, pihak masjid sudah mengenalpasti remaja yang terlibat hasil paparan CCTV.

Katanya, pada masa sama rakan-rakan masjid dari mukim lain turut berkongsi video tabung derma di premis mereka turut dipecahkan.

“Ia menunjukkan kelibat individu sama dengan menaiki motosikal berwarna merah. Pengurusan sudah turut menghantar rakaman CCTV kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami gagal menganggarkan jumlah wang yang berjaya dicuri oleh individu tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berkait kejadian itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini