PUTRAJAYA: Sebarang pelaksanaan prosiding tatatertib yang sedang diambil terhadap pegawai awam yang didakwa atau disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan (Akta 574) hendaklah dihentikan dan ditarik balik. Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 15 Disember tahun lalu yang memutuskan seksyen itu di bawah akta berkenaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang. Seksyen tersebut diputuskan sebagai tidak berperlembagaan atas alasan peruntukan itu mendiskriminasikan secara tidak adil terhadap kesaksamaan gender yang bertentangan dengan Fasal (2) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Arahan pemberhentian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya