Pintas Utama komited terus santuni Duyufurrahman 

Pintas Utama komited terus santuni duyufurrahman 

MOHD. Na'im Mokhtar (dua dari kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir. Marhalim Mohamed dalam Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1445H/2024M di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pintas Utama Sdn. Bhd. (Pintas Utama) kekal komited meneruskan inisiatif menaja beg kasut dan beg uncang kepada kira-kira 30,000 jemaah haji Malaysia yang berdaftar di bawah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sepanjang musim haji 1445H/2024.

Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pintas Utama itu mendapat pengiktirafan Tabung Haji dalam Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan kepada Sahabat Korporat TH di Kuala Lumpur, semalam.

Tajaan set beg kasut dan uncang itu adalah menerusi program Sahabat Korporat yang dikelolakan Tabung Haji setiap tahun bagi kegunaan para jemaah di tanah suci. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Agihan itu dijalankan secara berperingkat semasa anjuran Kursus Perdana Haji mengikut kuota jemaah yang disediakan di seluruh negara.

Sahabat Korporat adalah program tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh Tabung Haji setiap tahun yang disertai  syarikat-syarikat korporat untuk membantu memudahkan, sekali gus meraikan bakal jemaah dalam membuat persediaan kelengkapan barangan keperluan ketika menunaikan ibadah haji di tanah suci. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini