Penyanyi era 80-an, Puput Novel, meninggal dunia. - Utusan Malaysia

Penyanyi era 80-an, Puput Novel, meninggal dunia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: penyanyi terkenal era 80-an, Puput Novel meninggal dunia akibat kanser payudara yang dideritainya sejak tiga tahun lalu.

Berita duka itu dikongsikan adiknya, Baginda Sanjaya kepada portal Liputan6.

Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun di Hospital MMC, Kuningan, Jakarta Selatan, semalam.

“Arwah berjuang melawan kansernya, tapi begitulah pengakhirannya.

“Pelbagai rawatan telah dilakukan sejak tiga tahun lalu, namun segalanya telah ditentukan,” katanya.

Selain bergelar penyanyi, Puput atau nama sebenarnya Putri Zizi Novianti juga melangkah ke dunia hiburan Indonesia sebagai pelakon dan pengacara.

Allahyarham, sepanjang bergelar anak seni, telah merakamkan 36 buah album dan membintangi dalam empat filem serta tiga drama.

Kongsi Baginda, kerana keadaan yang semakin merosot, Allahyarham dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, sekitar petang semalam.

“Dia mengalami komplikasi pada jantung dan paru-parunya.

“Memang sudah waktunya kakak saya berpulang,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN