Patuh arahan pihak berkuasa, ambil langkah berjaga-jaga - Ahmad Zahid

Patuh arahan pihak berkuasa, ambil langkah berjaga-jaga – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diseru mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendapat taklimat ringkas mengenai keadaan banjir di  Kedah, Perlis dan Pulau Pinang oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Saya difahamkan jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang pagi ini berbanding 4,425 orang malam tadi. Sebanyak 1,942 keluarga kini ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara di tujuh daerah. Situasi di Perlis dan Pulau Pinang pula tidak banyak berubah.

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang  yang telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan, fasa peralihan monsun dijangka bermula Selasa depan dan berterusan sehingga awal November tahun ini dengan negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah dalam tempoh tersebut.

Menurut MetMalaysia, situasi itu boleh menggalakkan ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur tanah yang tidak kukuh,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi bencana alam, beliau akan melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional pada Oktober nanti.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan persediaan rakyat dalam menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bencana banjir dan ribut petir yang semakin kerap berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya