Mikroplastik punca kanser meningkat, kesuburan merosot

Mikroplastik punca kanser meningkat, kesuburan merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanser dan kesuburan merupakan antara kesan bahan kimia mikroplastik yang mengandungi phthalate dan bisphenol A (BPA) serta polybrominated diphenyl ethers (PBDEs) yang digunakan agar plastik lebih keras, tahan lama dan menghalangnya daripada pudar.

Maka kesan mikroplastik terhadap kesihatan manusia kini membawa Malaysia kini berdepan masalah 48,639 kes kanser baharu setiap tahun manakala kadar kesuburan jumlah (TFR) pula menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

Pakar Perubatan Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, segalanya berpunca daripada bahan-bahan kimia yang terdapat dalam mikroplastik yang kemudiannya larut ke dalam air, hujan dan tanah sebelum memasuki tubuh manusia.

Katanya, kajian mendapati mikroplastik merupakan partikel bahan plastik dan kecil bersaiz lima milimeter (mm) serta telah ditemukan dalam makanan laut seperti ikan, udang dan kerang.

Malah katanya, bahan kimia mikroplastik juga memasuki saluran pernafasan menerusi asap pembakaran plastik dan kemudian menyerap ke dalam darah dan organ badan.

“Memandangkan bahan ini mengandungi kimia mudah larut, maka ia mempengaruhi orga badan dan darah, sedangkan badan manusia perlu menjalani kehidupan normal untuk berfungsi tanpa anasir luar.

“Apabila berlaku bahan-bahan kimia ke dalam badan, maka tindak balas terjadi sekali gus menyebabkan pelbagai kesan kesihatan manusia.

DR. SHARIFA IZAT WAN PUTEH

“Kajian juga mendapati masalah ketidaksuburan lelaki, sakit jantung, perkembangan fetus dalam kandungan, kanser dan penyempitan  saluran darah berpunca daripada mikroplastik yang mengandungi bahan pewarna dan pelbagai jenis kimia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Globocan (Global Cancer Observatory) mendapati Malaysia akan mencatat hampir 100,000 pesakit kes kanser baharu menjelang 2040 dan lebih membimbangkan bakal meningkat dua kali ganda menjelang 2040.

Malah Malaysia kini berdepan masalah kadar kelahiran terendah dalam tempoh lima dekad pada tahun lalu yang menyaksikan penurunan kadar kelahiran secara berterusan sejak 50 tahun lalu dengan data merekodkan kesuburan dalam kalangan rakyat Malaysia jatuh dari­pada 6.7 kanak-kanak bagi setiap wanita pada 1957 kepada empat pada 1980, tiga pada 2000 dan 2.1 pada 2010.

Mengulas lanjut, Dr. Sharifa Ezat berkata, lebih mengejutkan kajian juga mendapati mikroplastik juga terdapat air minuman yang didapati terdedah daripada pelepasan asap pembakaran dan pembuangan plastik di sungai dan laut.

Justeru itu katanya, ini menyebabkan rakyat Malaysia kini terdedah kepada kanser dan kajian makmal juga mengesahkan barah paru-paru, usus, leukemia dan hati berpunca daripada kesan kimia mikroplastik.

“Malah mikroplastik menyebabkan berbagai kesan ke atas semua sel badan termasuk gangguan sel otak seperti parkinson dan dementia serta hilang ingatan.  Untuk ibu mengandung pula, ia boleh menurunkan berat badan bayi dan kandungan, kurang saiz plasenta, ovari tidak subur, masalah usus dan hati membengkak,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×