PH tidak dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO

PH tidak dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tidak menjemput Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 September ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jemputan kepada Pas pula dibuat sebagai membalas undangan ke Muktamar Pas Ke-72 di Kota Bharu, Kelantan, hujung minggu lalu.

“Ada ubi, ada bataslah. Jika mereka (Pas) jemput kita, kita jemput mereka lah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan keputusan menjemput kepemimpinan tertinggi Pas itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, PAU kali ini tidak akan memutuskan kerjasama dengan mana-mana gabungan khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Katanya, perbincangan lebih menjurus kepada kesan dan mudarat terhadap UMNO serta Barisan Nasional (BN) sekiranya sesuatu kerjasama diadakan.

“Masyarakat menginginkan orang Melayu menghubungkan perpaduan Melayu. Bukan hanya kepada UMNO tetapi kepada parti-parti Melayu.

“Saya tidak mahu menghubungkan parti-parti Melayu tetapi pada keseluruhannya orang Melayu mahu supaya penyatuan Melayu direalisasikan semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×