Malaysia, Bank Dunia bangun pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan

Malaysia, Bank Dunia bangun pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan

Zambry Abdul Kadir (dua kiri) ketika mengadakan perbincangan dengan wakil Bank Dunia di Switzerland semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bakal menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan bagi belia dari negara-negara membangun dan selepas perang.

Keputusan itu dibuat hasil pertemuan dua hala, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersama Presiden Institut Kajian Ekonomi ASEAN dan Asia Timur (ERIA) yang juga Ketua Pakar Perdagangan di Bank Dunia, Profesor Tetsuya Watanabe dan Pengurus Praktis dan Perdagangan Global di Bank Dunia, Dr. Roberto Echandi semasa lawatan kerja di Switzerland.

Zambry berkata, mereka sempat berbincang mengenai program pembangunan kapasiti dan mereka begitu tertarik untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan bakat yang dapat menyumbang kepada negara mahupun global kelak.

“Ini merupakan satu pengiktirafan besar buat negara kerana mendapat mandat untuk membangunkan pusat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, ia juga merupakan salah satu usaha kementerian dalam memberikan akses pendidikan terbaik kepada rakyat dan seterusnya dapat berbakti membangunkan negara.

“Saya menyambut baik hasrat berkenaan selaras dengan fokus kementerian iaitu mengantarabangsakan pendidikan tinggi dan institusi.

“Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjadi penyelaras bagi program-program berkaitan dalam menjayakan inisiatif ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN