PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan pertemuan bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk berbincang mengenai isu kereta usang dan rosak yang banyak dibiarkan tersadai di tepi-tepi jalan. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, perbincangan tersebut juga antara lain untuk mengenal pasti sama ada kenderaan-kenderaan terbiar itu masih mempunyai pemilik atau sebaliknya. “Saya difahamkan sekiranya melebihi beberapa tempoh notis (akan) dikeluarkan, (jika) dua tiga bulan tidak alihkan maka…