Kon Yeow kekal Ketua Menteri Pulau Pinang 

Kon Yeow kekal Ketua Menteri Pulau Pinang 

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Chow Kon Yeow untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

 

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana Kon Yeow akan terus memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga akhir penggal ini.

 

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum keputusan Kon Yeow menarik diri daripada pemilihan parti dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang.

 

“Saya menghormati keputusan dan pendirian beliau demi pembaharuan dalam kepimpinan DAP Pulau Pinang setelah beliau menerajui jawatankuasa negeri selama 25 tahun. Sebelum pengumuman hari ini, beliau telah berbincang dengan saya berkenaan hasratnya.

 

“Perlu ditegaskan bahawa keputusan beliau pada hari ini tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang kerana beliau akan terus memegang jawatan Ketua Menteri sehingga akhir penggal ini selaras dengan peruntukan perlembagaan negeri yang mengehadkan jawatan Ketua Menteri selama dua penggal maksimum,” katanya dalam satu  kenyataan.

 

Terdahulu, media melaporkan, Kon Yeow mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada sesi pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, 22 September ini.

 

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata, beliau menerima surat makluman mengenai pencalonannya daripada DAP Pusat pada 27 Ogos lalu, namun memutuskan untuk tidak bertanding mana-mana jawatan bagi memberi laluan kepada muka baharu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN