PETALING JAYA: Kesedaran masyarakat di negara ini terhadap bahaya cahaya matahari dilihat masih rendah dengan beranggapan orang Asia tidak mendapat kanser kulit. Pakar Dermatologi, Dr. Nazirin Ariffin berkata, ini kerana sinar ultra ungu A dan B (UVA/UVB) daripada cahaya matahari menjadi punca utama sehingga boleh menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam kulit. Katanya, ini menyebabkan mutasi di dalam sel yang boleh menyebabkan kanser kulit. “Selain mengamalkan gaya hidup sihat…










