Kerajaan sedang berperang dengan rasuah - Anwar

Kerajaan sedang berperang dengan rasuah – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Nai'm Mokhtar (dua kiri) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zakiha Mustafa (dua kanan) melakukan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Taman Alam Sutera di sini, hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.

Menurut Anwar, ini berikutan kebanyakan kontrak yang disemak berlaku ketirisan sehingga berbilion ringgit.

“Kerajaan Madani berperang sekarang dengan rasuah, dengan penyelewengan, dengan orang kadangkala bicara soal Islam dan Melayu, tetapi merompak hasil kekayaan negara kita.

“Saya tidak mahu hal ini berlaku, mesti ada pengajaran, mustahil. Dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak ada sahaja bocor, ada sahaja hilang dananya.

“Negara mana boleh mampu maju kalau tiap kali ada tiris? Tiris bukan sedikit, ratusan juta, berbilion ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Bukit Jalil, di sini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pemimpin harus memberi contoh yang baik untuk mengangkat darjat Islam dalam negara serta tatakelola yang cekap dan pantas.

“(Perlukah) pemimpin kalau jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan mesti miliki ratus juta ada bilion ringgit?

“Bila kita minta isytihar harta, marah, dendam. Apa dendam? Kalau saya diminta isytihar harta sekali lagi, saya istihar, baru jadi pemimpin contoh. Kalau tidak, apa yang diajar kepada rakyat?” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, rakyat diminta untuk tidak menilai pencapaian beliau berdasarkan projek pencakar langit seperti mana pemimpin sebelum ini yang mempunyai mercu tanda sendiri.

Katanya, walaupun sudah dua tahun mentadbir, namun beliau tidak mempunyai perancangam untuk sebarang projek mega.

“Tak payah nilai saya daripada projek pencakar langit. Nilai saya daripada projek gerai yang bersih, perumahan rakyat dan sekolah serta kawasan yang baik untuk rakyat,” katanya.

Beliau turut memberi contoh 80 peratus rakyat ke gerai dan warung biasa, namun bangunanya daif, bumbung bocor dan air tidak bersih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN