TANAH MERAH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, ada rakyat Malaysia yang kalah berjudi di luar negara meminta bantuan kerajaan untuk melangsaikan hutang mereka. Menurutnya, mereka terbabit telah membuat pinjaman dengan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along di negara tersebut selepas kalah berjudi. “Apabila terlibat judi dan along, mereka telefon kita untuk membantu. Tetapi kerajaan hanya membantu bayar hotel mereka di luar negara, hutang itu perlu…