ISKANDAR PUTERI: Walaupun ada berbangkit isu antara Malaysia dan Singapura, namun ia tidak akan menggugat hubungan dan kerjasama erat kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan baik dan sebarang isu berbangkit perlu diselesaikan secara rundingan bagi mendapatkan manfaat menang-menang kepada semua pihak terlibat. “Memang ada isu dengan negara jiran, itu perkara biasa kerana semua negara ada masalah dengan jiran mereka. Tetapi ini bukanlah…










