KUANTAN: Seramai 21 pembuat kek sekitar daerah ini yang menggelarkan diri mereka Kuantan Sweet Baker membentuk Jalur Gemilang gergasi menggunakan kira-kira 5,520 kek cawan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67. Pengarah projek, Susyila Mohd. Burhanuddin, 43, berkata, mereka cuba mempamerkan rasa cintakan negara melalui hasil penciptaan rekod tersendiri dengan menghasilkan Jalur Gemilang berukuran tujuh meter panjang. “Ini kali pertama kami berusaha melaksanakan kek cawan bendera tersebut. Kami mengambil masa lebih kurang…