DSP mengaku tidak bersalah ugut 2 individu  DSP mengaku tidak bersalah ugut 2 individu 

DSP mengaku tidak bersalah ugut 2 individu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini, atas pertuduhan mengugut dua individu dengan menghantar gambar pembunuhan kejam seorang lelaki menggunakan aplikasi WhatsApp, lima bulan lalu.

Deputi Superintenden (DSP) K. K. Ravindhran, 52, didakwa atas dua pertuduhan membuat ugutan jenayah terhadap dua kontraktor elektrik lelaki masing-masing berumur 42 dan 50 tahun dengan menghantar gambar menunjukkan seorang lelaki dibunuh kejam menggunakan aplikasi WhatsApp melalui satu nombor telefon.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah dan di Stesen LRT Cahaya, pada 7.57 malam dan 7.58 malam, 27 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Normaizan Rahim dan Amalina Basirah Md. Top membenarkan jaminan RM4,000 serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan sebutan bagi dua kes itu pada 16 Oktober ini untuk serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal serta Norhidayah Abdullah Sani dan tertuduh diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN