PETALING JAYA: Bekas jurufoto Utusan Malaysia, Ghazali Basri dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang hari ini.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang, pada pukul 4.30 petang.
Sebelum ini, Ghazali dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan dan keadaan semakin kritikal sejak kebelakangan ini.
Allahyarham telah lama berkhidmat di Utsan Malaysia dan pernah ditugaskan di Biro Sabah dan ibu pejabat. – UTUSAN










