Trump mahu lantik Musk sebagai penasihat

Trump mahu lantik Musk sebagai penasihat jika menang

ELON Musk (kiri) dan Donald Trump.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Republikan, Donald Trump mempertimbangkan untuk memansuhkan cukai pembelian kenderaan elektrik dan mahu menamakan jutawan, Elon Musk sebagai penasihat atau anggota kabinet jika beliau terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), November ini.

Mengenai kemungkinan menamakan Musk ke dalam jawatan penasihat atau Kabinet, Trump berkata, beliau akan mempertimbangkan membawa masuk Musk dengan melantiknya sebagai penasihat kerana menyifatkan jutawan itu seorang yang bijak.

“Dia seorang yang sangat bijak. Jika dia mahu, saya tentu akan mempertimbangkannya. Dia seorang yang cemerlang,” kata Trump.

Bulan lalu, Elon Musk secara terbuka menyokong Trump dalam pemilihan presiden AS dan merupakan penderma terbesar bagi kempen Trump bagi pilihan raya tahun ini.

Mengulas hasrat memansuhkan cukai kenderaan elektrik, Trump berkata, kredit cukai dan insentif bukanlah sesuatu yang baik.

Sebelum ini, Trump telah berusaha untuk memansuhkan kredit cukai pembelian kendaraan kereta ketika beliau masih menjadi Presiden, namun usaha itu tidak berjaya dan cukai tersebut dinaikkan oleh Presiden Joe Biden pada 2022. 

“Saya tidak membuat keputusan akhir mengenai kredit cukai EV ini kerana saya juga merupakan peminat kenderaan elektrik, tetapi saya juga peminat kenderaan berasaskan petrol, serta hibrid dan apa sahaja yang akan datang,” katanya lagi.

Tambah Trump, beliau akan membatalkan peraturan pentadbiran Biden yang mendorong pengeluar kereta untuk membina lebih banyak EV dan hibrid plug-in untuk memenuhi piawaian pelepasan yang lebih ketat dan berkata beliau melihat pasaran yang lebih kecil  kerana masalah kos dan julat bateri.

Selain itu, Trump turut mengumumkan bahawa beliau akan mengambil langkah untuk mengurangkan eksport kenderaan dihasilkan pengeluar Detroit Three dan lain-lain dari Mexico ke pengguna AS dengan mengenakan tarif baharu dan akan menghalang pengeluar kenderaan China daripada membina kilang baharu di Mexico untuk kenderaan pasaran AS.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN