Tragedi kapal mewah: Mayat hartawan UK ditemukan

Tragedi kapal mewah: Mayat hartawan UK ditemukan

PASUKAN mencari dan menyelamat dipercayai membawa beg Mike Lynch.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SICILY: Mayat hartawan Uni­ted Kingdom (UK), Mike Lynch merupakan antara li­ma mayat ditemukan dalam tragedi kapal layar mewah karam di Itali.

Portal berita Sky News melaporkan, pasukan pencari dan menyelamat berjaya mengeluarkan mayat usahawan teknologi yang juga pemilik kapal layar itu, Mike, 59, serta anak perempuannya, Hannah, 18 dalam operasi mencari dan menyelamat semalam.

Beberapa jam sebelum itu, pasukan penyelamat menemukan tiga lagi mayat.

Lynch merupakan seorang usahawan teknologi terkenal di Britain dan beliau membina empayar syarikat teknologi, Autonomy hingga dikenali sebagai Britain Bill Gates.

Namun menjualnya kepada Hewlett-Packard de­ngan harga AS$11 bilion pada 2011, diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan atas tuduhan didakwa menaikkan nilai syarikatnya sebelum penjualan syarikat itu.

Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari keempat akan diteruskan bagi mencari seorang lagi mangsa yang hilang.

Kapal layar mewah sepanjang 56 meter dikenali sebagai Bayesian itu terbalik Isnin lalu akibat hujan lebat dan ribut, kira-kira 20 kilometer di timur Palermo di selatan Itali.

Dalam kejadian itu, seba­nyak 15 orang berjaya dise­lamatkan termasuk isteri Lynch, Angela Bacares, ma­na­kala enam dilaporkan hilang.

Mayat seorang cef, Recaldo Thomas, ditemui beberapa jam selepas kapal itu karam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN