SUNGAI SIPUT: Suspek yang ditahan berhubung kematian kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang disyaki dibunuh direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes. Suspek yang berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis petang semalam susulan penemuan mayat kanak-kanak tersebut pada petang Sabtu. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Sungai Siput dan hasil bedah siasat terdapat kesan tekanan di bahagian leher dan juga kesan koyakan di kemaluan mangsa. Suspek yang ditahan petang semalam mempunyai hubungan pertalian darah dengan mangsa. Perintah reman bermula hari ini sehingga 25 Ogos itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya