Suhu di Malaysia kembali normal

Suhu di Malaysia kembali normal

SUHU di seluruh negara kembali normal berikutan hujan di kebanyakan kawasan sejak kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan di keba­nyakan tempat berikutan keadaan angin Monsun Barat Daya yang kurang aktif telah mengembalikan suhu ke tahap normal antara 32 hingga 34 darjah Celsius.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd. Anip berkata, berikutan itu, pihaknya menjangkakan tidak akan berlaku cuaca panas hingga ke tahap gelombang haba (Tahap 2) sehingga ke September ini.

Kata beliau, gelombang haba Tahap 2 merujuk kepada keadaan di mana suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, yang boleh membawa kepada risiko kesihatan serius se­perti strok haba.

Beliau berkata, angin Monsun Barat Daya yang kurang aktif membolehkan pembentukan awan hujan yang lebih banyak dan menyumbang kepada penurunan suhu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata, keadaan cuaca boleh berubah menjadi lebih kering dan panas semula sekiranya angin monsun kembali aktif.

“Cuaca di negara pada masa ini adalah berkeadaan normal sebagaimana yang kita alami dalam musim Monsun Barat Daya terdahulu,” jelasnya.

Dr. Mohd Hisham berkata, berdasarkan rekod-rekod pencerapan MET Malaysia, keadaan suhu cuaca paling panas selalunya berlaku antara Mac hingga Mei pada setiap tahun.

Menurutnya, suhu maksimum cuaca panas boleh melebihi 37 darjah Celsius bagi sesuatu kawasan terutamanya di utara dan pedalaman Semenanjung.

“Kebanyakannya berlaku di Kedah, Perlis, Perak dan kawasan pedalaman Kelantan dan Terengganu,’’ kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN