Cuaca panas kering sehingga Ogos - Utusan Malaysia

Cuaca panas kering sehingga Ogos

Cuaca panas
NIK Nazmi Nik Ahmad dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Beg Kitar Semula Madani dekat Wisma 99 Speedmart, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan seluruh negara dijangka mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya memastikan tiada pembakaran terbuka oleh mana-mana pihak dilakukan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka terlibat.

“Saya melawat sebuah kawasan sering melakukan pembakaran terbuka di Johan Setia pada had lalu. Kerajaan membina infrastruktur seperti telaga tiub, ‘check dam’ di sana untuk membantu kita meningkatkan paras air bagi membendung pembakaran di sana

“Di kawasan utara mengalami cuaca kering, tetapi kalau ikut ramalan akan sampai ke seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Namun, kita tengok dalam beberapa minggu ini di Lembah Klang, hujan masih turun, kita akan terus pantau, katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Beg Kitar Semula Madani di Wisma 99 Speedmart, hari ini.

Tambahnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan air dari sumber bawah tanah ketika cuaca kering yang dikhuatiri mengandungi logam-logam berat memudaratkan kesihatan.

“Di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kita ada kualiti dan piawai yang ditetapkan. Cuma ada beberapa kawasan ini, usaha untuk mengambil air bawah tanah dibuat sendiri dan tidak ikut pihak berkuasa. Jadi itu, kita kena pantau,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi ketika melancarkan kempen tersebut mengumumkan tahun 2025 permulaan bagi premis perniagaan menghentikan penggunaan beg plastik bagi membungkus barangan.

Menurutnya, pelaksanaan polisi tersebut adalah termaktub dalam Pelan Tindakan Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030.

“Kerajaan sedang melaksanakan polisi tiada beg plastik secara berfasa dengan pelaksanaannya kepada premis kekal seperti 99 Speedmart ini. Bagaimanapun, pelaksanaan pelan tindakan ini akan dibuat secara menyeluruh melibatkan kedai runcit dan warung tepi jalan,” jelasnya.

Katanya lagi, Malaysia antara sepuluh buah negara di dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus, malah Tabung Alam Sedunia (WWF) melaporkan anggaran penggunaan bungkusan beg plastik di negara ini mencecah 148,000 metrik tan pada tahun 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya