PETALING JAYA: Pejabat baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuka di Cameron Highlands dalam usaha memperluas perkhidmatan suruhanjaya itu. Pejabat cawangan baharu yang memulakan operasi pada 1 Julai lalu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, hari ini. Pejabat itu terletak di C-1-29, Cameron Fair Jalan Persiaran Camelia Tanah Rata , Cameron Highlands, Pahang. Pejabat berkeluasan 57.8 meter persegi itu dilengkapi bilik ketua…










