KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan pelaburan ‘Warburg Pincus’ mengakibatkan kerugian RM21.9 juta susulan 44 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menahan 10 individu tempatan termasuk lima wanita selepas beberapa serbuan dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak pada 30 dan 31 Julai lalu. “Suspek berusia 21 hingga 52…










