GEORGE TOWN: Kegiatan dua sepupu yang aktif dalam pengedaran dadah jenis ganja sejak Mac lalu akhirnya terbongkar selepas kedua-duanya ditahan polis dalam satu serbuan kira-kira pukul 8.38 malam di Jalan Perak, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 18 dan 28 tahun itu ditahan di kawasan parkir sebuah kawasan perumahan di situ. Katanya, susulan penahanan terbabit, polis turut merampas…