Sindiket dadah selindung di sebalik perniagaan lain

Sindiket dadah selindung di sebalik perniagaan lain

MUHAMAD Zaki Harun semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Dadah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Terdapat sindiket dadah berselindung di sebalik perniagaan lain bagi mengelak aktiviti haram itu dikesan oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sindiket yang berada di belakang tabir itu bertindak sebagai penaja yang mengeluarkan sumber kewangan, malah kebanyakannya menggunakan khidmat ‘pengantara’ untuk segala urusan dan transaksi berkaitan dadah.

“Mereka ini tidak terlibat dengan sebarang transaksi atau pengedaran dadah tetapi hanya menjadi individu yang berada di belakang tabir kegiatan penyeludupan.

“Sindiket ini bertindak sebagai penaja dan mencari rantaian perhubungan untuk mengedarkan barang (dadah), tetapi tidak membawanya kerana dia menggunakan orang lain,” katanya dalam sidang akhbar Pelupusan Barang Kes dadah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Muhamad Zaki berkata, sindiket pengedaran dadah ini tidak hanya berlaku di Kelantan sebaliknya di negeri-negeri lain.

“Kalau kita ingin menangkap anggota sindiket ini bersama dadah adalah sukar, sebab itu kita perlu mengambil tindakan bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) termasuk menjalinkan kerjasama dengan orang awam serta pemimpin di peringkat bawah untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan tersebut.

“Pendekatan ini perlu ditekankan bagi memastikan Kelantan tidak lagi disebut sebagai tempat untuk kegiatan pengedaran dadah dan kita menyasarkan sebanyak 150 tangkapan dibuat menerusi LLPK tahun ini. Setakat ini kita sudah mencapai 60 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×