PETALING JAYA: Polis menumpaskan sekumpulan lelaki terlibat kegiatan mencuri kabel di Jalan Puncak Saujana, Taman Puncak Saujana, Kajang dekat sini semalam selepas dua lelaki ditahan. Satu laporan polis diterima pukul 6.39 pagi semalam berhubung kejadian itu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, susulan itu, kenderaan peronda polis (MPV) digerakkan ke kawasan berkenaan sebelum mereka terserempak dengan kenderaan suspek iaitu sebuah lori dan sebuah Proton Wira dinaiki…










