SIKR 2.0 diteruskan, peruntukan RM18 juta untuk 300,000 penerima - PM

SIKR 2.0 diteruskan, peruntukan RM18 juta untuk 300,000 penerima – PM

ANWAR Ibrahim menyampaikan insuran kesejahteraan rakyat kepada seorang penerima sempena Majlis Penutup Program Madani Zon Selatan 2024 Setahun Ekonomi Madani di Dataran UTM, Skudai, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 2.0 bakal diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM18 juta melibatkan seramai 300,000 orang penerima.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SIKR telah mula diperkenalkan tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan penerima manfaat khususnya masyarakat B40.

“Melihatkan kepada keberkesanan skim ini, serta manfaat yang diterima daripada waris-waris apabila ketua isi rumah (KIR) mereka meninggal dunia, maka insurans ini diteruskan pada tahun ini.

“Perlindungan selama 12 bulan ini akan diberikan kepada KIR yang terdiri daripada penerima golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Peluncuran SIKR 2.0 semasa hadir merasmikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Tambah Anwar, perlindungan SIKR 2.0 ini bermula 1 Jun tahun ini hingga 31 Mei tahun depan.

“Setiap waris yang menerima skim insurans ini akan mendapat bantuan berjumlah RM10,500 masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu, orang ramai yang ditemukan berharap pelaksanaan skim insurans tersebut akan diperluaskan lagi pada masa depan.

“Saya menyokong penuh skim insurans ini kerana ia sangat membantu bagi golongan B40 dan bawahan. Sekurang-kurangnya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kepada ketua keluarga, waris akan terima bantuan,” ujarnya kepada pemberita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN