KEMAMAN: Seorang lagi mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam dipercayai dilanggar tongkang di perairan Kemaman, di sini pagi tadi, ditemukan lemas. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat lelaki yang dikenali Shahril Ismail, 50, ditemui terapung kira-kira pukul 1 tengah hari oleh nelayan yang turut membantu pencarian. “Mayat mangsa ditemukan kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian dan dibawa naik ke jeti kira-kira pukul 2.45 petang. “Mayat…